Selasa, 28 Mac 2017

APA KATA PAKAR PEMAKANAN MENGENAI SAKIT GASTRIK

9 Kata-kata Pakar Berkenaan Gastrik Untuk Rujukan Anda


Berikut adalah beberapa sebahagian kata-kata merujuk kepada sakit gastrik yang mana para penghidapnya perlu ambil berat:
  1. Gastrik boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid). [DR. RUHI FADZLYANA]
  2. Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa. [DR JAMALUDIN YUSAK]
  3. Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. [DR JAMALUDIN YUSAK]
  4. Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . [DR. RUHI FADZLYANA]
  5. Tanda-tanda penyakit gastrik adalah sakit di bahagian ulu hati, perut kembung, sendawa yang kerap,loya dan muntah serta najis bewarna hitam. [DR. RUHI FADZLYANA] 
  6. Cara pemakanan yang tidak teratur seringkali menyebabkan penyakit gastrik menyerang. [DR. RUHI FADZLYANA]
  7. Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. [DR SUKUMAR NADESAN]
  8. Minum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin teruk. Susu menggalakkan perembesan asid. [DR. SAZWAN REEZAL]
  9. Bakteria Helicobacter Pylori boleh dikenalpasti melalui satu pemeriksaan endoskopi , ujian pernafasan yang dinamakan Urea Breath Test (UBT) dan ujian darah H.Pylori antibodi. [DR. RUHI FADZLYANA]




Sumber : http://www.klik4sihat.com/
Sumber : http://mindaperkasa.blogspot.my/
Sumber : http://www.mmgazette.com/
Sumber : http://www.sinar.fm

Ahad, 26 Mac 2017

TIPS BAGAIMANA NAK HILANGKAN GASTRIK

Bagaimanakah Kita nak Hilangkan Gastrik dengan Mudah Tanpa Ubatan Moden



Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang berguna buat anda penghidap gastrik yang berhajat untuk meredakan sakit anda yang mana ianya mungkin berkesan untuk menyahkan terus sakit gastrik ini daripada hidup anda. Mesti anda ingin tahu kan?

Nah. Baca ini:


1. Jaga Waktu Makan Anda


MAKAN IKUT WAKTU dan teratur. Jangan makan dengan gelojoh. Jangan makan selagi prut masih kenyang dan terus makan bila rasa lapar. Jangan bertangguh. Tak akan ada gastrik kerana prut ada sesuatu yang nk diproses dan tiada asid yang berlebihan
.


2. Kaji Apa Yang Anda Makan


KENALI JENIS MAKANAN BERASID. Dengan mengelak daripada makan makanan yang banyak kandungan asid dan pedas akan dapat membantu gastr.ik dihentikan. Contoh makanan berasid adalah seperti Daging lembu, sardin, jeruk, cuka, minuman bergas, Alkohol dan Cili dan lain-lain. makanan ini yg wajib dielakkan. Penghidap gastr.ik perlu bijak memilih makanan sesuai.


3. Air Kosong Sangat Baik Untuk Pesakit Gastrik


AMAL MINUM AIR KOSONG dan minum dengan banyak sehingga gastr.ik hilang. Gastr.ik bersifat Asid. jadi untuk meneuteralkannya semula kena banyak banyak minum Air kosong atau air beralkali. Cara mudah Segelas air kosong dibancuh dengan dua sudu teh Baking Soda. Banyak juga skrg penapis air beralkali utk rumah dan Air Alkali dalam botol yang dijual di pasaraya.



4. Amalkan Senaman Sekurang-kurangnya 3 kali Seminggu 


Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.


5. Ekstrak Biji Aprikot Penawar Gastrik Terbaik


BIJI APRIKOT dapat hilangkan dan melegakan gastrik dalam tempoh yang panjang. Tapi pastikan BIJI APRIKOT dalam bentuk KAPSUL EKSTRAK kerana biji aprikot mentah atau kisaran biji aprikot mentah lebih terdedah kepada pencemaran. Dan KAPSUL EKSTRAK BIJI APRIKOT lebih bagus, kerana EKSTRAK lebih berkualiti dan pantas keberkesanannya.


Apapun, cuba belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.



Sabtu, 25 Mac 2017

RAHSIA ORG LELAKI GASTRIK BOLEH PUASA PENUH

PENGIDAP GASTRIK BOLEH PUASA SEBULAN?

Bulan Ramadhan bakal menjelma dalam masa beberapa bulan lagi, dan setiap kali itulah juga acapkali kita akan dihidangkan masalah yang sama didengari dari kalangan umat islam yang tidak dapat berpuasa kerana sakit gastrik.
.
Malah ada yang menjadikannya sebagai satu alasan popular bagi lelaki-lelaki yang tak nak berpuasa penuh. Tetapi sebenarnya mereka tidak sakit gastrik pon. huhu.. kesiankan!.
.
Tapi tak semua begitu kan, Bagi lelaki muslim yang betul-betul mempunyai masalah Gastrik yang teruk pasti mereka ada impian untuk berpuasa sebulan penuh setiap tahun. Untuk itu mereka kena tahu bagaimanakah cara untuk mereka penuhi hasrat itu.
.
Berikut adalah 10 TIPS yang boleh diamalkan oleh LELAKI GASTRIK untuk anda puasa penuh Ramadhan kali ini:
.
1. Bersahur. Anda mesti bangun untuk bersahur dengan mengambil makanan yang seimbang dan berserat dan banyak minum air kosong. Niatkan bangun sahur bukan kerana anda nak elak kene gastrik tetapi kerana ia adalah amalan yang disunatkan.
.
2. Waktu bersahur juga sangat penting. Amalkan bersahur pada waktu menjelang waktu Imsak bukannya bangun terlalu awal dan kemudian tidur semula. :)
.
3. Elakkan tabiat tidur semula selepas bersahur kerana ia bakal menimbulkan masalah pada sistem penghadaman anda
.
4. Jangan sesekali makan sebelum tidur dengan niat 'bersahur'. Anda silap jika buat begitu kerana ia akan hanya membebankan perut dan usus yang sepatutnya berehat semasa kita tidur
.
5. Elak makanan bercuka, pedas, berminyak dan mengandungi rempah ratus semasa bersahur dan berbuka. Elakkan juga makan berlemak tinggi dan mengandungi paras gula yang tinggi seperti makanan segera dan makanan/minuman dalam tin.
.
6. Jangan makanan sayuran seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Elakkan juga minuman berkafien atau jus buah-buahan citrus
.
7. Bersederhana semasa berbuka dengan makanan kurang berminyak. Jika Gastrik dikaitkan dengan perut kosong, ia bukannya lesen untuk anda memenuhkan perut anda sepenuh-penuhnya dengan semua makanan yang ada.
.
8. Jangan berbuka dengan rokok. Rokok menyebabkan ulser gastrik anda lambat sembuh dan berulang. Senang cerita, Berhenti merokok terus!
.
9. Jangan lupa solat terawih, pergilah solat berjemaah di masjid untuk solat terawih. Selain ia akan menambahkan pahala amalan kita di bulan Ramadan ini dan menjadikan kita lebih bermasyarakat malah ia adalah baik untuk sistem penghadaman kita selepas berbuka tadi.
.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai Gastrik di Bulan Puasa di Rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM)


FAHAMI BAGAIMANA GASTRIK TERJADI

Jika anda nak tahu, kandungan asid di dalam perut paling tinggi adalah pada waktu tengahhari. Oleh itu, jika anda sedang berpuasa dan mengalami gastrik yang teruk juga pada Ramadhan kali ini, sila dapatkan pandangan doktor kerana jika anda teruskan puasa anda mungkin ia akan memudaratkan.
.
Namun demikian ianya tidak harus dijadikan alasan untuk sengaja tidak berpuasa penuh sepanjang Ramadhan jika tips yang dicadangkan di atas tidak dipatuhi tau! ✌️

SUAMI ANZALNA KENA TAHAN WAD GARA-GARA GASTRIK

Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja



Kita telah dikejutkan dengan berita yang menyatakan suami kepada Artis Anzalna Nasir dimasukkan ke hopital kerana Gastrik. 
.
Menurut artis itu, suaminya Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah mengadu sakit perut sejak seminggu sebelum Anzalna membuat keputusan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sehinggalah menyebabkan suaminya itu ditahan di wad.
.
"Saya sendiri kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, apatah lagi sebelum ini dia tidak mengalami gastrik," kata Anzalna ..Apa yang anda nampak daripada kata-kata artis ini?.
.
Ia membuktikan bahawa penyakit ini boleh datang menyerang anda walau anda tidak pernah mengalaminya. Selain itu, gastrik juga boleh menyerang tidak kira jantina, umur dan pekerjaan anda
.

Antara Penyebab Gastrik adalah


  • 📛MaMaMakan Berlebihan dalam satu satu masa
  • Pengambilan makanan berlemak, pedas, berkafein dan bergas secara tidak terkawal
  • 📛Waktu makan yang tidak teratur
  • 📛Perokok
  • 📛Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
  • 📛Pengambilan alkohol
  • 📛Tekanan

.
Saya tak menyatakan bahawa suami Anzalna kena Gastrik berpunca daripada semua atau salah satu masalah di atas tetapi saya nak bagi peringatan kepada semua bahawa kita juga boleh diserang Gastrik jika kita tidak berhati-hati dengannya.
.
Miracaps Apricot Seed Penawar Sakit Gastrik Semulajadi

Apapun Gastrik adalah dikaitkan sebagai "Penyakit Gaya Hidup" yang boleh dielakkan sebelum ia menyerang ataupun sebelum ianya menjadi parah
.
Amalkan lah gaya hidup sihat! Peace!


Sumber Berita : http://www.bharian.com.my

GASTRIK BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA BEBERAPA MASALAH KESIHATAN LAIN YANG LEBIH KRONIK

GASTRIK BOLEH JADI PENYEBAB DAN PUNCA MASALAH KESIHATAN YANG LEBIH KRONIK DAN SERIUS

Banyak penyakit-penyakit lain boleh berlaku jika anda mengambil mudah dengan GASTRIK. Antara penyakit-penyakit lain yang mungkin boleh berlaku adalah seperti : 
.

PEDIH ULU HATI - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. 
.

BATU DALAM PUNDI HEMPEDU - Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.
.

ULSER PERUT - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dinding mukoza. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.
.

RADANG PANKREAS - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan.


🔷


5 JENIS MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK

PENGIDAP GASTRIK BOLEH AMALKAN 5 KATEGORI MAKANAN KHASIAT INI UNTUK KEBAIKAN ANDA


🍞 KARBOHIDRAT
Amalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks seperti roti gandum, beras perang kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan.
.

🐠 PROTEIN
Bersumberkan tumbuhan- lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.Bersumberkan Ikan- bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.
.
🌰 BIJI APRIKOT
Biji Aprikot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal penyakit gastrik.
.
🍓 SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Perlu banyak dan pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral.
.
🍺 AIR
Pengambilan jumlah air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg) supaya dapat buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh. Air kelapa juga sangat membantu untuk redakan sakitnya.
.
🍱 PROBIOTIK
Makanan yang mengandungi probiotik seperti vitagen, tempe, yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda.