PENGIDAP GASTRIK BOLEH PUASA SEBULAN?
Bulan Ramadhan bakal menjelma dalam masa beberapa bulan lagi, dan setiap kali itulah juga acapkali kita akan dihidangkan masalah yang sama didengari dari kalangan umat islam yang tidak dapat berpuasa kerana sakit gastrik.
.
Malah ada yang menjadikannya sebagai satu alasan popular bagi lelaki-lelaki yang tak nak berpuasa penuh. Tetapi sebenarnya mereka tidak sakit gastrik pon. huhu.. kesiankan!.
.
Tapi tak semua begitu kan, Bagi lelaki muslim yang betul-betul mempunyai masalah Gastrik yang teruk pasti mereka ada impian untuk berpuasa sebulan penuh setiap tahun. Untuk itu mereka kena tahu bagaimanakah cara untuk mereka penuhi hasrat itu.
.
Berikut adalah 10 TIPS yang boleh diamalkan oleh LELAKI GASTRIK untuk anda puasa penuh Ramadhan kali ini:
.
1. Bersahur. Anda mesti bangun untuk bersahur dengan mengambil makanan yang seimbang dan berserat dan banyak minum air kosong. Niatkan bangun sahur bukan kerana anda nak elak kene gastrik tetapi kerana ia adalah amalan yang disunatkan.
.
2. Waktu bersahur juga sangat penting. Amalkan bersahur pada waktu menjelang waktu Imsak bukannya bangun terlalu awal dan kemudian tidur semula. :)
.
3. Elakkan tabiat tidur semula selepas bersahur kerana ia bakal menimbulkan masalah pada sistem penghadaman anda
.
4. Jangan sesekali makan sebelum tidur dengan niat 'bersahur'. Anda silap jika buat begitu kerana ia akan hanya membebankan perut dan usus yang sepatutnya berehat semasa kita tidur
.
5. Elak makanan bercuka, pedas, berminyak dan mengandungi rempah ratus semasa bersahur dan berbuka. Elakkan juga makan berlemak tinggi dan mengandungi paras gula yang tinggi seperti makanan segera dan makanan/minuman dalam tin.
.
6. Jangan makanan sayuran seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Elakkan juga minuman berkafien atau jus buah-buahan citrus
.
7. Bersederhana semasa berbuka dengan makanan kurang berminyak. Jika Gastrik dikaitkan dengan perut kosong, ia bukannya lesen untuk anda memenuhkan perut anda sepenuh-penuhnya dengan semua makanan yang ada.
.
8. Jangan berbuka dengan rokok. Rokok menyebabkan ulser gastrik anda lambat sembuh dan berulang. Senang cerita, Berhenti merokok terus!
.
9. Jangan lupa solat terawih, pergilah solat berjemaah di masjid untuk solat terawih. Selain ia akan menambahkan pahala amalan kita di bulan Ramadan ini dan menjadikan kita lebih bermasyarakat malah ia adalah baik untuk sistem penghadaman kita selepas berbuka tadi.
.
Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai Gastrik di Bulan Puasa di Rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM)
FAHAMI BAGAIMANA GASTRIK TERJADI
Jika anda nak tahu, kandungan asid di dalam perut paling tinggi adalah pada waktu tengahhari. Oleh itu, jika anda sedang berpuasa dan mengalami gastrik yang teruk juga pada Ramadhan kali ini, sila dapatkan pandangan doktor kerana jika anda teruskan puasa anda mungkin ia akan memudaratkan.
.
Namun demikian ianya tidak harus dijadikan alasan untuk sengaja tidak berpuasa penuh sepanjang Ramadhan jika tips yang dicadangkan di atas tidak dipatuhi tau! ✌️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan