Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja
Kita telah dikejutkan dengan berita yang menyatakan suami kepada Artis Anzalna Nasir dimasukkan ke hopital kerana Gastrik.
.
Menurut artis itu, suaminya Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah mengadu sakit perut sejak seminggu sebelum Anzalna membuat keputusan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sehinggalah menyebabkan suaminya itu ditahan di wad.
.
"Saya sendiri kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, apatah lagi sebelum ini dia tidak mengalami gastrik," kata Anzalna ..Apa yang anda nampak daripada kata-kata artis ini?.
.
Ia membuktikan bahawa penyakit ini boleh datang menyerang anda walau anda tidak pernah mengalaminya. Selain itu, gastrik juga boleh menyerang tidak kira jantina, umur dan pekerjaan anda
.
Antara Penyebab Gastrik adalah
- 📛MaMaMakan Berlebihan dalam satu satu masa
- Pengambilan makanan berlemak, pedas, berkafein dan bergas secara tidak terkawal
- 📛Waktu makan yang tidak teratur
- 📛Perokok
- 📛Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
- 📛Pengambilan alkohol
- 📛Tekanan
.
Saya tak menyatakan bahawa suami Anzalna kena Gastrik berpunca daripada semua atau salah satu masalah di atas tetapi saya nak bagi peringatan kepada semua bahawa kita juga boleh diserang Gastrik jika kita tidak berhati-hati dengannya.
.
Apapun Gastrik adalah dikaitkan sebagai "Penyakit Gaya Hidup" yang boleh dielakkan sebelum ia menyerang ataupun sebelum ianya menjadi parah
.
Amalkan lah gaya hidup sihat! Peace!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan