9 Kata-kata Pakar Berkenaan Gastrik Untuk Rujukan Anda
Berikut adalah beberapa sebahagian kata-kata merujuk kepada sakit gastrik yang mana para penghidapnya perlu ambil berat:
- Gastrik boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid). [DR. RUHI FADZLYANA]
- Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa. [DR JAMALUDIN YUSAK]
- Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. [DR JAMALUDIN YUSAK]
- Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . [DR. RUHI FADZLYANA]
- Tanda-tanda penyakit gastrik adalah sakit di bahagian ulu hati, perut kembung, sendawa yang kerap,loya dan muntah serta najis bewarna hitam. [DR. RUHI FADZLYANA]
- Cara pemakanan yang tidak teratur seringkali menyebabkan penyakit gastrik menyerang. [DR. RUHI FADZLYANA]
- Gastrik terjadi apabila selaput dalam perut mengalami keradangan atau membengkak. [DR SUKUMAR NADESAN]
- Minum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin teruk. Susu menggalakkan perembesan asid. [DR. SAZWAN REEZAL]
- Bakteria Helicobacter Pylori boleh dikenalpasti melalui satu pemeriksaan endoskopi , ujian pernafasan yang dinamakan Urea Breath Test (UBT) dan ujian darah H.Pylori antibodi. [DR. RUHI FADZLYANA]
Sumber : http://www.klik4sihat.com/
Sumber : http://mindaperkasa.blogspot.my/
Sumber : http://www.mmgazette.com/
Sumber : http://www.sinar.fm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan