Ahad, 26 Mac 2017

TIPS BAGAIMANA NAK HILANGKAN GASTRIK

Bagaimanakah Kita nak Hilangkan Gastrik dengan Mudah Tanpa Ubatan Moden



Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang berguna buat anda penghidap gastrik yang berhajat untuk meredakan sakit anda yang mana ianya mungkin berkesan untuk menyahkan terus sakit gastrik ini daripada hidup anda. Mesti anda ingin tahu kan?

Nah. Baca ini:


1. Jaga Waktu Makan Anda


MAKAN IKUT WAKTU dan teratur. Jangan makan dengan gelojoh. Jangan makan selagi prut masih kenyang dan terus makan bila rasa lapar. Jangan bertangguh. Tak akan ada gastrik kerana prut ada sesuatu yang nk diproses dan tiada asid yang berlebihan
.


2. Kaji Apa Yang Anda Makan


KENALI JENIS MAKANAN BERASID. Dengan mengelak daripada makan makanan yang banyak kandungan asid dan pedas akan dapat membantu gastr.ik dihentikan. Contoh makanan berasid adalah seperti Daging lembu, sardin, jeruk, cuka, minuman bergas, Alkohol dan Cili dan lain-lain. makanan ini yg wajib dielakkan. Penghidap gastr.ik perlu bijak memilih makanan sesuai.


3. Air Kosong Sangat Baik Untuk Pesakit Gastrik


AMAL MINUM AIR KOSONG dan minum dengan banyak sehingga gastr.ik hilang. Gastr.ik bersifat Asid. jadi untuk meneuteralkannya semula kena banyak banyak minum Air kosong atau air beralkali. Cara mudah Segelas air kosong dibancuh dengan dua sudu teh Baking Soda. Banyak juga skrg penapis air beralkali utk rumah dan Air Alkali dalam botol yang dijual di pasaraya.



4. Amalkan Senaman Sekurang-kurangnya 3 kali Seminggu 


Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.


5. Ekstrak Biji Aprikot Penawar Gastrik Terbaik


BIJI APRIKOT dapat hilangkan dan melegakan gastrik dalam tempoh yang panjang. Tapi pastikan BIJI APRIKOT dalam bentuk KAPSUL EKSTRAK kerana biji aprikot mentah atau kisaran biji aprikot mentah lebih terdedah kepada pencemaran. Dan KAPSUL EKSTRAK BIJI APRIKOT lebih bagus, kerana EKSTRAK lebih berkualiti dan pantas keberkesanannya.


Apapun, cuba belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan